Baru-baru ini merasa seperti 'terkena sebijik' ketika membaca post rakan di facebook:
"Jika Kita memesan taxi pada perusahaan taxi, kita akan benar-benar menunggu dan yakin bahwa taxi akan segera datang dan hadir di depan rumah kita.
Seberapa yakinkah ketika kita berdoa dan meminta pada tuhan, apakah kita merasakan "menunggu" yang sama, karena begitu yakin bahawa permintaan kita akan terkabul? bukankah Dia yang Maha Mengabulkan setiap permintaan?
Sayang sekali, kalau berdoa hanya menjadi ritual semata dan hanya agar tampak sedikit religius, tapi tidak pernah meyakini apa yang diminta akan terjadi." [Facebook Bambang Achdiat]
Memang rata-rata ada waktunya kita kurang yakin bahawa doa kita itu akan dikabulkan. Bukan kerana tidak tahu, tetapi kerana terlalai dan lupa serta kurang kesungguhan dan kekhusyukan ketika berdoa.
Di bawah ini terdapat ringkasan daripada 10 adab-adab berdoa yang telah dinukilkan oleh Hassan al-Banna di dalam bukunya Munajat Cinta:
1. Mengangkat telapak tangan bahagian dalam.
2. Menghadirkan hati dan yakin dikabulkan.
3. Mula dengan hamdalah dan selawat kepada Rasulullah s.a.w.
4. Tutup doa dengan 'aamiin'.
5. Dalam keadaan tenang/hening, tidak bersuara yang terlalu keras.
6. Pilih ungkapan doa yang ringkas lagi simple.
7. Ulang doa dan istighfar sebanyak 3 kali (ada yang meriwayatkan istighfar sebanyak 70 kali).
8. Tidak tergesa-gesa mengharap doa dimakbulkan.
9. Tidak mendoakan keburukan (kepada diri sendiri, anak, harta dsb.)
10. Mendoakan diri sendiri dulu, baru orang lain.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment