Letih. Sepulang-pulang sahaja dari menjalani kursus, sampai ke kampung sudah dekat masuk waktu Maghrib. Teruslah sahaja ke balai ibadat. Kosong. Alahai, alamat berseorangan lagilah malam ini.
Selesai sahaja melaungkan azan, terasa rugi lah pulak kalau tidak berjemaah. Duduklah sebentar menyambung tilawah. Selembar. Tak ada orang datang. Dua lembar. Memandang ke luar tingkap, sunyi. Masuk ke lembaran ketiga, tiba-tiba air mata mengalir deras. Dada terasa sesak, jiwa bergelojak. Lalu ku semak tafsirannya, ada tajuk kecil di situ:
KEBAHAGIAN SURGA DAN KESENGSARAAN NERAKA
43:68. "Hai hamba-hamba-Ku, tiada kekhawatiran terhadapmu pada hari ini dan tidak pula kamu bersedih hati.
43:69. (Yaitu) orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami dan adalah mereka dahulu orang-orang yang berserah diri.
43:70. Masuklah kamu ke dalam surga, kamu dan istri-istri kamu digembirakan."
43:71. Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya."
43:72. Dan itulah surga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal-amal yang dahulu kamu kerjakan.
43:73. Di dalam surga itu ada buah-buahan yang banyak untukmu yang sebahagiannya kamu makan.
43:74. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa kekal di dalam azab neraka Jahanam.
43:75. Tidak diringankan azab itu dari mereka dan mereka di dalamnya berputus asa.
43:76. Dan tidaklah Kami menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
43:77. Mereka berseru: "Hai Malik, biarlah Tuhanmu membunuh kami saja". Dia menjawab: "Kamu akan tetap tinggal (di neraka ini)".
43:78. Sesungguhnya Kami benar-benar telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan di antara kamu benci pada kebenaran itu.
43:79. Bahkan mereka telah menetapkan satu tipu daya (jahat), maka sesungguhnya Kami akan membalas tipu daya mereka.
43:80. Apakah mereka mengira, bahwa Kami tidak mendengar rahasia dan bisikan-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan-utusan (malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat di sisi mereka.
Allah, semakin lebatlah hujan. Tahukah kamu, di dalam tafsir-tafsir banyak dikaitkan neraka dengan penghuni yang berputus asa? Siksaan di neraka bukan sahaja berlaku terhadap jasad, bahkan juga terhadap jiwa. Wal'iyazu billah.
Walaupun kita tidak berapa faham akan bahasa Arab, tetapi jiwa kita pasti faham. Bukankah roh kita yang telah menjawab "Bala, syahidna" ketika Allah bertanya kepada kita di alam roh? Ketahuilah bahawa di sini, di dalam jiwa kecil kita, ada air mata. Antara kerana rindu atau takut, engkau tahu sebabnya..
No comments:
Post a Comment