Pernah tak merasa kagum? Rasanya semua orang pun pernah
kali.. Kagum akan sesuatu.. atau kagum akan seseorang. Aku juga pernah.
Bukannya apa-apa pun. Ada juga masanya kita akan kagum akan
kecanggihan atau kebaikan sesuatu. Contohnya sebuah kereta atau telefon bimbit.
Ada juga masanya kita kagum dengan akhlak, ketabahan, tinggi budi pekerti atau
besarnya pengorbanan orang lain. Rasanya tak salah.. tapi yang kurang betulnya
adalah apabila kekaguman itu tidak dipagari iman, tidak rasional. Sehinggakan
dengan mengasuh kekaguman itu, rupa-rupanya kita telah meletakkan sesuatu itu
di tempat yang sangat tinggi di hati kita.
Kemudian hadirlah pula keinginan untuk memiliki. Lalu
bagaimana jika sekiranya di suatu ketika kita berjaya untuk memilikinya, tetapi
ternyata ia tidak sebaik yang kita sangkakan?Atau ketika kita ditakdirkan untuk
tidak dapat memiliki apa yang kita inginkan, lalu akur dengan sesuatu yang
lain? Apakah akan terjaga hati kita dari membanding-bandingkan? Terjaga dari
sesal? Kesian.. tsk.. tsk..
Dulu semasa aku salah beli buku pun sudah rasa rugi sangat,
macamana pula kalau benda yang lebih besar dan tak ternilai seperti rumah?
Kereta? Pasangan hidup? Kesian juga kalau sentiasa dibanding-bandingkan.
Macamana nak ikhlas?
Bercakap tentang ikhlas, dulu ada seorang ustaz tu tanya..
“Kau sudah ada pilihan kah?”
“Eh..?” -_-‘
“. . .”
“Entah lah pakcik, ada kot, dia yang banyak bantu saya..”
“Oh.. ikhlaskan saja”
“Eh..?? -_-‘’
“Yelah, kau ikhlaskan dia dalam hati kau, yang dia bantu kau
tu ikhlas kerana Allah..”
“Oooh.. pakcik ada rancangan lain?”
“. . . . .”
Ikhlas kerana Allah.. ayat tu membuatkan aku berfikir
panjang. Pasti dia ikhlas, aku saja yang fikir bukan-bukan. Benarlah, kalau kita ikhlas kerana Allah, kita tak fikirkan sangat
kali apapun kesudahannya, kerana akhirnya yang kita harapkan cumalah redha
Allah, dan aku cumalah satu catur di dalam perjuangan.
Satu lagi, jikalah aku objek kekaguman itu, harap dilepaskan..
hadirku dari tanah, pulangku nanti juga ke dalam tanah. Kasihan dia..