Wednesday, November 28, 2012

Jika terakhir buatku

oh Tuhan hambaMu ini kekeliruan
sukar mencari jalan yang benar
kerna dipaut hasut dunia
mencintai yang lain lebih dariMu

oh Tuhan hidayahMu pernah hadir
hingga kering air mataku menitis
namun terkadang aku berpaling
kerna mengejar nikmat dunia sementara

hari ini ku bimbangi
jika terakhir hidup
adakah lagi subuh esok
untukku bernafas
dan sujud mengabdi
padaMu oh Tuhan

berikan daku kesempatan
menebus kesalahan
lantaran dosa dan noda
dan sengaja melupakanMu
hadirkan damai sebelum di hujung nafasku
hanya padaMu Tuhan

oh Tuhan berikan daku petunjukMu
untukku meniti ke jalan redhaMu
izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru
taubat nasuha setulus untukMu
oh tuhan...

hanya kasihMu Tuhan
ampunanMu ku damba

Saujana - Jika Terakhir Buatku


Salaam.

Diri rasanya malu untuk tertawa di sini, sedangkan ayah, ibu, adik, kakak dan saudara sedang habis-habisan dizholimi di luar sana. Rasanya tidak patut seorang mukmin itu apabila melihat saudara mukminnya yang lain ditindas di mana-manapun, lalu dia masih berkehendak akan kehidupan duniawi.

Diri rasanya segan untuk tertawa di sini sedangkan tentera-tentera Izrail terpampang di jasad. Bila dikenang semula, rasa rindu juga waktu dulu.. Kini berhempas pulas hendak mencari khusyu' yang hilang. Teringat suatu saat dulu ketika diri masih sangat suka berlama-lama dalam solat, berlama-lama dalam sujud. Kata orang, penghujung hayat kita tu biasanya dalam keadaan apa yang kita biasa lakukan. Logik sangat lah tu.

Diri rasanya malu untuk tertawa di sini sedangkan ibadah sudah tak khusyu' lagi, sedangkan hati tak sebersih dulu, sedangkan jiwa semakin mengering..

Pernah dikatakan bahawa orang yang telah meninggal dunia tu akan sangat rindu untuk melakukan solat walau dua rakaat sahaja. Kalau dibayang-bayangkan, pasti akan sangat sangat sangat rindu.

Apakah mungkin seorang yang banyak tertawa banyak pula tangisnya?

"hadirkan damai sebelum di hujung nafasku"

Tuesday, November 27, 2012

Yang sebahagian lagi

"ERTINYA KAMU PERCAYAKAN TAKDIR PADA SEBAHAGIAN, DAN TIDAK PERCAYAKANNYA PADA BAHAGIAN YANG LAIN!"

Bentak ustaz..  (-_-")

Masih juga terngiang kata-kata ustaz tersebut beberapa minggu lalu di dalam sebuah forum kesihatan sempena Majlis Ilmu 2012. Memang saya akui kebenaran kata-katanya, yang merujuk kepada sebahagian orang yang membezakan rezeki dengan kesihatan. Bila soal rezeki, kita kata rezeki di tangan tuhan, tetapi bila disuruh supaya jangan melakukan sebarang kerja pasti kita menyangkal bahawa walaupun rezeki itu di tangan tuhan tetapi perlu ada usaha juga di pihak kita juga. Jadi mengapa bila bab kesihatan kita jadi 'tawakkal' sangat? Alah tak perlu jumpa doktor, Allah dah takdirkan begini, kalau ditakdirkan sembuh, sembuh lah tu..

Bukankah sewaktu kita duduk kat dalam rahim ibu tu Allah sudah hantar malaikat untuk tuliskan empat perkara untuk kita: rezeki, ajal, amal dan bahagianya atau sengsaranya kita.

Rasulullah saw. sebagai orang yang jujur dan dipercaya bercerita kepada kami: Sesungguhnya setiap individu kamu mengalami proses penciptaan dalam perut ibunya selama empat puluh hari (sebagai nutfah). Kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga kemudian menjadi segumpal daging selama itu pula. Selanjutnya Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan diperintahkan untuk menulis empat perkara yaitu: menentukan rezekinya, ajalnya, amalnya serta apakah ia sebagai orang yang sengsara ataukah orang yang bahagia. Demi Zat yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya salah seorang dari kamu telah melakukan amalan penghuni surga sampai ketika jarak antara dia dan surga tinggal hanya sehasta saja namun karena sudah didahului takdir sehingga ia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu telah melakukan perbuatan ahli neraka sampai ketika jarak antara dia dan neraka tinggal hanya sehasta saja namun karena sudah didahului takdir sehingga dia melakukan perbuatan ahli surga maka masuklah dia ke dalam surga. (Shahih Muslim No.4781)
Sesungguhnya Allah Taala mengutus satu malaikat di dalam rahim. Malaikat itu berkata: Ya Tuhan! Masih berupa air mani. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal darah. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal daging. Manakala Allah sudah memutuskan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka malaikat akan berkata: Ya Tuhan! Diciptakan sebagai lelaki ataukah perempuan? Sengsara ataukah bahagia? Bagaimanakah rezekinya? Dan bagaimanakah ajalnya? Semua itu sudah ditentukan dalam perut ibunya. (Shahih Muslim No.4785)
Kami sedang mengiringi sebuah jenazah di Baqi Gharqad (sebuah tempat pemakaman di Madinah), lalu datanglah Rasulullah saw. menghampiri kami. Beliau segera duduk dan kami pun ikut duduk di sekeliling beliau yang ketika itu memegang sebatang tongkat kecil. Beliau menundukkan kepalanya dan mulailah membuat goresan-goresan kecil di tanah dengan tongkatnya itu kemudian beliau bersabda: Tidak ada seorang pun dari kamu sekalian atau tidak ada satu jiwa pun yang hidup kecuali telah Allah tentukan kedudukannya di dalam surga ataukah di dalam neraka serta apakah ia sebagai seorang yang sengsara ataukah sebagai seorang yang bahagia. Lalu seorang lelaki tiba-tiba bertanya: Wahai Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak sebaiknya kita berserah diri kepada takdir kita dan meninggalkan amal-usaha? Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang berbahagia, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang berbahagia. Dan barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang sengsara, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang sengsara. Kemudian beliau melanjutkan sabdanya: Beramallah! Karena setiap orang akan dipermudah! Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang berbahagia, maka mereka akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang bahagia. Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang sengsara, maka mereka juga akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang sengsara. Kemudian beliau membacakan ayat berikut ini: Adapun orang yang memberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya jalan yang sukar. (Shahih Muslim No.4786)

Baiklah pak ustaz, besok pagi saya akan membuat pemeriksaan doktor insya Allah. Sudah tangguh berbulan-bulan.. Rasanya sudah sampai waktunya untuk ku rangkul sebahagian lagi takdir itu, mengapa melarikan diri?

Thursday, November 22, 2012

Deja vu

Hospital RIPAS
20.11.2012
9.00 Malam

Di sini aku duduk terpaku..
seolah-olah kembali semula ke suatu waktu,
enam tahun dahulu.
Banyak tubuh mengelilingi satu hamparan
jasad longlai terbaring kaku di atasnya.
Tetapi di manakah isak tangis?
Ke manakah perginya suara pilu memanggil-manggil?
Tiada..
Keadaan yang serupa tetapi suasananya berbeza.
Sayup-sayup kedengaran suara orang mentalqinkan
dan ada suara bacaan al-Quran.
Kalaulah begitu pergimu
Aku pun takkan bersedih lagi
Usiamu pun dah lanjut
Segeralah engkau bertemu dengan rahmat tuhanmu

Wednesday, November 7, 2012

Agar tetap tumbuh

Salaam warahmatullah.

Kata orang, kita ne ada macam-macam jenis. Macam tumbuh-tumbuhan. Ada yang lebih cepat subur di bawah sinaran mentari, ada pula yang lebih pantas membesar di saat persekitarannya dingin dan gelap. Dan hanya Allah lah yang tahu kita ni jenis yang mana satu. Jika rasanya hidup kita banyak mendungnya, kita jenis yang membesar tatkala redup, jika rasanya selalu saja cerah, kita ni jenis yang itu lah. Mungkin juga kita rasa kita ni jenis yang cepat berkembang di cuaca panas tetapi cepat pula layunya, kerana sayangkan kitalah Allah tak taruh kat panas terik. Baiknya Allah, selalu menempatkan kita di dalam keadaan yang terbaik untuk kita, kita sahaja yang tidak tahu..

Ada satu ketika, atau banyak ketikanya, kita terkadang hilang sabar, atau fikiran kita diracuni suasana lalu menganggap jika sesuatu perkara itu nampak baik, ianya baik untuk semua orang. Padahal belum tentu begitu. Dan ketika kita melihat sesuatu menyakiti seseorang, ianya buruk untuk semua orang. Bukan, bukan begitu. Tidak semua perkara yang baik itu baik, dan tidak semua perkara yang buruk itu buruk.

Tanyalah pada diri sendiri, di sini, pada ketika ini, apakah yang membebankan jiwamu? Kemudian alihkanlah pandanganmu melepasi beban tersebut, kau akan nampak hikmahnya. Kata cikgu sains aku dulu, semasa perang dulu-dulu, jika ada tentera yang cedera di banyak tempat di tubuhnya, orang medic tu akan ambik batu dan hempaskan ke jari kelingking orang yang cedera tu supaya orang itu cuma akan fokus kepada sakit di jarinya itu sahaja. Kita asyik tertanya-tanya, kenapa ujian Allah tu datang balik-balik di tempat yang sama, di bahagian yang kita paling lemah. Habis kenapa medic tu mesti pecahkan jari temannya? Agaknya supaya dia tetap fokus untuk menikmati sakitnya kali =)

 Bila direnung kembali, baru aku sedar yang selama ini sakit yang satu ini telah banyak menjadi perisai bagiku, daripada menderita penyakit-penyakit yang lain lagi. Aneh, virus ini membuatkan orang jadi imun kepada virus-virus yang sepertinya, seperti kepak lalat, dia juga racun dia dia itu juga penawar. Untuk itu aku bersyukur. Banyaknya ujian, tetapi mereka bukanlah untuk membantutkan pembesaran, bahkan agar kita tetap tumbuh..

Monday, November 5, 2012

Pictures of the fallen..

Salaam.

Alhamdulillah, I just got a new nephew =D Recently, after joining various competitions, the villagers are saying that teams that consists of Razin wont lose. Aha! I shall call this newborn al-Qaqa then, as Abu Bakr once said that an army consists of al-Qaqa wont lose, and Umar also once wrote that he is sending a reinforcement consisting of one man that matches a thousand Muslims: al-Qaqa. But it depends =D

Anyway, I remembered a friend once told me that as we begun to change, there are certain occasions that taking pictures can be bitter. "I don't know whether we will be steadfast on this road or not, thus when we look at the pictures again someday, we will be saddened by the fact that some of us are no longer with us," he said. Gloomy as it is, the statement proves to be true.

I went through some old files recently, some from long ago, and some ba'da hijrah. It is of no surprise if I miss things that happened latter more than the former. Those from long ago, I remembered little about them, and those from recently, just made me remember the statement above. Sad, but what can I do? When among those happy faces, some didn't make it? and its scary too... this road is not easy, for if it is, many would be steadfast. What I can do is just to make du'a. Allah, this distance and my lack of resource is troubling me..

Things happened, some that we're not proud of. We didn't came from the best of starts, may Allah grant us the best of endings.

Saturday, November 3, 2012

Korban

Salaam warahmatullah, salaam aidil adha al-mubarak =)

Alhamdulillah tahun ini pertama kali menyertai majlis berkorban selaku ahli jawatankuasa kerja. Banyak juga perkara baru yang telah dipelajari dari orang-orang kampung. Tubuh pun boleh tahan juga letihnya, siapa kata memotong dan melapah tu tak letih? ':D Kena mujahadah, kalau ikutkan hati boleh saja saya dan rakan balik awal memandangkan kami cuma sukarelawan sahaja, tetapi tidak. Kata Said Hawa, mujahadah itu akar umbinya kenalah kerana mentauhidkan Allah. Yalah, kita bermujahadah tu untuk mendekatkan diri kita dengan Allah, supaya diri kita dan orang lain juga turut mentauhidkan Allah sebagaimana layaknya. Jika sudah begitu, maka mujahadah itu nanti, walau seletih mana pun ia, akan jadi manis. Sungguh, kita akan dapat apa yang kita niatkan.

Diri rasanya tak pernah merasakan perkara yang lebih manis daripada jiwa yang tunduk di dalam dada sebuah jasad yang letih bekerja sambil berharap jika seandainya waktunya tiba nanti biarlah di dalam keadaan seperti ini, sibuk dan lelah berjuang di jalanNya. Lalu semakin lelah tubuhnya, semakin keras ia bekerja seolah-olah berharap nyawanya juga turut mengalir keluar dari jasadnya seperti mengalirnya tenaga. Lalu di dalam letihnya solat dan doanya terasa semakin khusyu', seolah-olah ia melihat Allah dia saat ia berdiri, di saat ia ruku'.  Wahai Allah, jiwaku semakin hari terasa semakin kotor, usiaku semakin banyak tersia, kumpullah aku bersama-Mu sementara aku masih mampu menunaikan kewajipanku, janganlah Engkau biarkan aku terombang-ambing semakin jauh dariMu.

Usaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita belum ada rasanya lebih mudah untuk ditanggung, tetapi usaha untuk membuang sesuatu yang kita punya terasa sangat sukar. Untuk membuang sesuatu yang nampak itu lebih mudah, dan untuk membuang sesuatu yang tidak nampak itu adalah lebih sukar. Perasaan, dan apa-apa yang ada di dalam hati itu tidaklah nampak, dan amat sukar untuk dibuang. Apakah kerana di dalam hati masih terasa sangat berat untuk melepaskan? Dan jiwa masih merasa terikat sedangkan diri tahu ianya salah? Astaghfirullah.

Untuk aidil adha kali ini aku ingin mengorbankan benda-benda yang tak nampak ini, walaupun aku tahu mereka mungkin akan berbalik, tetapi sekurang-kurangnya aku dah cuba. Ini bukanlah yang pertama, dan mungkin bukan yang terakhir juga.