Perkataan nasib sering disempitkan maknanya oleh orang kita. Jika diperhatikan penggunaannya di dalam perbualan sehari-hari, makna perkataan ini lebih cenderung kepada nasib = 'luck'. Yakah? Cuba kenang bila kali terakhir kamu menggunakannya. Ada juga segelintir yang mengertikannya dengan nasib = takdir. Memang betul lah tu, menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, perkataan 'nasib' = chance; way things happen through no known cause or agency; luck; likelihood; kismet; destiny, fate; lot; person's share or destiny.
Betul, nasib tu adalah takdir. Ada perbezaan yang besar di antara 'nasib baik' dengan 'sudah nasib.' Kita selaku hamba ni sepatutnya yakin bahawa setiap 'nasib baik' itu sudah ditakdirkan. Begitu juga dengan nasib yang tidak baik yang sering diakuri dengan keluhan 'sudah nasib' itu. Dan yang paling penting, takdir dan ketentuan Allah itu adalah yang terbaik buat kita. Betapa kasihnya, sayangnya, prihatinnya Dia kepada kita.. Susu yang diberi sering kita balas dengan tuba. Jahatnya kita.. Ighfirlana ya Allah..
Cuba toleh semula ke belakang, dan pandanglah jejak jalan yang pernah kita lalui. Setiap orang pasti pernah melalui taman-taman bunga, juga padang tandus. Setiap orang pernah hanyut dan jatuh. Setiap orang pasti pernah merasa bahagia dan derita. Tetapi kenapa cuma dipandang kepada kisah duka? Bukankah kita sampai di sini melalui proses duka dan gembira?
Sekarang pandanglah semula, adakah engkau merasakannya? Rahmat Allah di saat suka? Dan kasih-Nya di saat duka?
"dan bahawasanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu), dan bahawasanya Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis" [an-Najm, 53: 42-43]
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." [Al-Hadid, 57: 22-23]
"Tidak ada tertimpa sesuatu musibah kecuali dengan izin Allah. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia (Allah) akan memberikan petunjuk kepada hatinya. Dan Allah terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui)" [at-Tagabun, 64:11]
No comments:
Post a Comment