Wednesday, November 28, 2012

Jika terakhir buatku

oh Tuhan hambaMu ini kekeliruan
sukar mencari jalan yang benar
kerna dipaut hasut dunia
mencintai yang lain lebih dariMu

oh Tuhan hidayahMu pernah hadir
hingga kering air mataku menitis
namun terkadang aku berpaling
kerna mengejar nikmat dunia sementara

hari ini ku bimbangi
jika terakhir hidup
adakah lagi subuh esok
untukku bernafas
dan sujud mengabdi
padaMu oh Tuhan

berikan daku kesempatan
menebus kesalahan
lantaran dosa dan noda
dan sengaja melupakanMu
hadirkan damai sebelum di hujung nafasku
hanya padaMu Tuhan

oh Tuhan berikan daku petunjukMu
untukku meniti ke jalan redhaMu
izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru
taubat nasuha setulus untukMu
oh tuhan...

hanya kasihMu Tuhan
ampunanMu ku damba

Saujana - Jika Terakhir Buatku


Salaam.

Diri rasanya malu untuk tertawa di sini, sedangkan ayah, ibu, adik, kakak dan saudara sedang habis-habisan dizholimi di luar sana. Rasanya tidak patut seorang mukmin itu apabila melihat saudara mukminnya yang lain ditindas di mana-manapun, lalu dia masih berkehendak akan kehidupan duniawi.

Diri rasanya segan untuk tertawa di sini sedangkan tentera-tentera Izrail terpampang di jasad. Bila dikenang semula, rasa rindu juga waktu dulu.. Kini berhempas pulas hendak mencari khusyu' yang hilang. Teringat suatu saat dulu ketika diri masih sangat suka berlama-lama dalam solat, berlama-lama dalam sujud. Kata orang, penghujung hayat kita tu biasanya dalam keadaan apa yang kita biasa lakukan. Logik sangat lah tu.

Diri rasanya malu untuk tertawa di sini sedangkan ibadah sudah tak khusyu' lagi, sedangkan hati tak sebersih dulu, sedangkan jiwa semakin mengering..

Pernah dikatakan bahawa orang yang telah meninggal dunia tu akan sangat rindu untuk melakukan solat walau dua rakaat sahaja. Kalau dibayang-bayangkan, pasti akan sangat sangat sangat rindu.

Apakah mungkin seorang yang banyak tertawa banyak pula tangisnya?

"hadirkan damai sebelum di hujung nafasku"

No comments:

Post a Comment