Wednesday, November 7, 2012

Agar tetap tumbuh

Salaam warahmatullah.

Kata orang, kita ne ada macam-macam jenis. Macam tumbuh-tumbuhan. Ada yang lebih cepat subur di bawah sinaran mentari, ada pula yang lebih pantas membesar di saat persekitarannya dingin dan gelap. Dan hanya Allah lah yang tahu kita ni jenis yang mana satu. Jika rasanya hidup kita banyak mendungnya, kita jenis yang membesar tatkala redup, jika rasanya selalu saja cerah, kita ni jenis yang itu lah. Mungkin juga kita rasa kita ni jenis yang cepat berkembang di cuaca panas tetapi cepat pula layunya, kerana sayangkan kitalah Allah tak taruh kat panas terik. Baiknya Allah, selalu menempatkan kita di dalam keadaan yang terbaik untuk kita, kita sahaja yang tidak tahu..

Ada satu ketika, atau banyak ketikanya, kita terkadang hilang sabar, atau fikiran kita diracuni suasana lalu menganggap jika sesuatu perkara itu nampak baik, ianya baik untuk semua orang. Padahal belum tentu begitu. Dan ketika kita melihat sesuatu menyakiti seseorang, ianya buruk untuk semua orang. Bukan, bukan begitu. Tidak semua perkara yang baik itu baik, dan tidak semua perkara yang buruk itu buruk.

Tanyalah pada diri sendiri, di sini, pada ketika ini, apakah yang membebankan jiwamu? Kemudian alihkanlah pandanganmu melepasi beban tersebut, kau akan nampak hikmahnya. Kata cikgu sains aku dulu, semasa perang dulu-dulu, jika ada tentera yang cedera di banyak tempat di tubuhnya, orang medic tu akan ambik batu dan hempaskan ke jari kelingking orang yang cedera tu supaya orang itu cuma akan fokus kepada sakit di jarinya itu sahaja. Kita asyik tertanya-tanya, kenapa ujian Allah tu datang balik-balik di tempat yang sama, di bahagian yang kita paling lemah. Habis kenapa medic tu mesti pecahkan jari temannya? Agaknya supaya dia tetap fokus untuk menikmati sakitnya kali =)

 Bila direnung kembali, baru aku sedar yang selama ini sakit yang satu ini telah banyak menjadi perisai bagiku, daripada menderita penyakit-penyakit yang lain lagi. Aneh, virus ini membuatkan orang jadi imun kepada virus-virus yang sepertinya, seperti kepak lalat, dia juga racun dia dia itu juga penawar. Untuk itu aku bersyukur. Banyaknya ujian, tetapi mereka bukanlah untuk membantutkan pembesaran, bahkan agar kita tetap tumbuh..

No comments:

Post a Comment