Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi
Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah
Suara Hati - Pertemuan Bukan Milik Kita
Kita selalu beranggapan bahawa perpisahan itu selalu sahaja membawa kepada kesedihan, keperitan, kesengsaraan dan sebagainya. Ya memanglah. Tapi... ada masanya perpisahan juga merupakan jalan keluar bagi masalah, atau pemicu kepada sesuatu yang tidak terbayangkan oleh kita.
Cuma saja, mata kita memang selalu gagal untuk melihat hikmah di setiap kejadian yang umpama jarum di dalam rimbunan jerami. Sukar dan sulit, tetapi ada. Bukankah kita selalu lupa bahawa tiada ribut taufan yang abadi?
Ya, bahkan kita juga lupa bahawa segala-galanya sudah ditentukan oleh Allah, terpahat di Lauh Mahfuz. Pernahkah kita memikirkan tentangnya? Bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya? Begitu juga dengan pertemuan. Kita bertemu, walau sesaat, adalah merupakan percaturan Allah. Begitu juga dengan perpisahan. Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana akhirnya diberi kesedaran akan sebab pertemuan. Kita bertemu.. adalah untuk menyampaikan risalah Allah, berukhuwah dan mengajak kepada perkara yang baik-baik sesuai dengan tanggungjawab kita selaku umat Nabi Muhammad s.a.w. Meski nampak terlewat, tetapi kenyataannya ia sempurna.
Lalu kita kena akur, di setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan. Pahit memang. Tetapi dengan memisahkan kita-lah Allah menjaga hati kita dari sesuatu yang tidak halal buat kita, dan yang mungkin takkan pernah halal pun. Dengan perpisahan juga Allah menemukan kita dengan kejadian atau insan lain supaya kita dapat belajar daripada mereka. Namun pada tahap kita, perpisahan adalah langkah yang mesti, perpisahan kita adalah atas dasar perjuangan, sehingga pada akhirnya kita dipertemukan lagi di alam yang kekal, sehingga takkan ada lagi perpisahan selama-lamanya. Kita berpisah adalah untuk meneruskan perjuangan yang panjang, di medan yang lain. Lupakah kita kepada musibah teragung, perpisahan dengan Rasulullah s.a.w? Yang bertitik dari perpisahan itu, bertebaranlah para sahabat ke seluruh alam. Allahua'lam.
Amar - Cebisan Kenangan
ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku
sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
ingatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari
bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi
Semoga pertemuan telah menjadikan kita benih yang subur, yang apabila tiba waktu untuk berpisah, dilemparkan oleh takdir ke tengah lautan sekali pun, akan tetap tumbuh menjadi sebuah pulau. Semoga kita tetap thabat di jalan ini.
No comments:
Post a Comment