Monday, October 1, 2012

Engkaukah itu..?


 Salaam..

Siapa?
Engkaukah itu, wahai diri?
Masihkah lagi engkau datang bertandang?
Aku tahu, aku juga begitu..
Lalu bagaimanakah pendapatmu jika ternyata selepas ini
aku mampu untuk melepasnya pergi?
Dan akhirnya mampu juga lenyap?
Atau bagaimanakah pendapatmu jika selepas ini
aku bahkan hadir membawa janji
yang aku sendiri pun tak pasti?
Walaupun aku tidak berharap?

Apapun yang terjadi selepas ini..
Bukanlah jalanku, jalan yang akan aku tapaki
Aku bukanlah bijak sangat
Aku tak tahu apa yang terbaik buat diri dan orang sekeliling
Dan aku bukanlah orang yang paling besar tadhiyyahnya
Tapi kali ini aku akan cuba untuk berkorban
Dan aku juga bukanlah orang yang paling taat
Tapi kali ini aku akan cuba untuk akur
Aku tak punya apa-apa
Hanya hembusan jiwa di jasad yang rapuh

Yang mencari kemuliaan dengan Islam
Yang rindu akan penciptanya
Yang mengharap redha rabbnya
Yang sudah letih menyusahkan orang lain
Yang tidak ingin menyakiti
Yang takut jika ada ruh yang futur kerananya..

Maka sudahlah..

Jika kasihnya yang engkau harapkan
Ketahuilah kasihnya tidak pernah sampai
Dan mungkin takkan pernah kesampaian..
Namun
Jika engkau benar mengharap kasih Allah
Ketahuilah kasihnya telah lama mencurahi hidupmu
Dan akan terus mencurahi hidupmu

Bangkitlah kembali!
Ke mana hilang ghirohmu?
Jika engkau jatuh..
Aku akan menjadi ragu
Di mana letaknya akar umbi perjuanganmu..
 Bangunlah wahai diri
Kerana selepas ini
Sudah tidak ada masa untuk main-main lagi
kita sudah tak punya banyak waktu
Dan kita tidak diciptakan dengan main-main

Buat yang telah terjadi
aku mohon maaf
 inilah aku
Yang di dalam berjalan banyak suruk langkahnya
Yang di dalam berbicara banyak tersilap katanya
Yang di dalam bertingkah banyak cacat celanya
 Wasalaam.


No comments:

Post a Comment