Friday, January 27, 2012

Ikhlas melupakan

Lemah..

Cuai..

Bodoh..

Ya begitulah kita kemarin..

Kemarin kita sangat lemah.. Sangat lemah sehinggakan kehilangan perkara keduniaan pun sudah cukup untuk membuatkan kita berduka lara..

Sangat cuai sehinggakan syaitan akhirnya berjaya menyuntik rasa yang tidak sepatutnya, rasa cintakan dunia..

Sangat bodoh, sehinggakan di dalam kebodohan kita saling mengejar bayang satu sama lain, terbuai di dalam angan masing-masing.. Lalu hanyut semakin jauh dari realiti..

Namun, segala puji bagi Dia yang telah mendetikkan rasa berdosa di hati kita, lantaran lebih mengharapkan kasih manusia berbanding kasih-Nya

"Kalaulah Allah uji kita, dengan memberikan makhluk yang kita harapkan cintanya kepada insan lain, mampukah kita redha dengan takdir-Nya, dengan seikhlas-ikhlas redha?"

Kita sama-sama tahu bahawa kita takkan mampu, jika ianya berlaku pada ketika itu juga
Tidak, selagi kita masih seperti itu..

Di dalam keraguan, langkah pun terbina.. Derai tangismu engkau sulamkan dengan tawa, mencari kekuatan.. Sedangkan aku menunggu

Lalu kita pergi, berpaling dari bayang, cuba menafikan.. Dan sungguh aneh! Ternyata kebahagiaan itu hadir bukanlah sewaktu kita mencinta, tetapi ketika akhirnya kita mampu untuk ikhlas melupakan, ketika kita akhirnya mampu untuk redha dengan segala ketentuan

Dan jika Allah uji kita seperti itu, kita akan mampu untuk tetap tenang insya Allah..

No comments:

Post a Comment