Salaam.
Datang dan pergi, lumrah kehidupan. Baru sedar betapa terkesannya seorang guru bila pelajarnya pergi. Terasa sangat rugi bila peluang untuk mendorong kepada perubahan terlepaskan begitu sahaja.
Teringat dengan satu kisah sufistik yang pernah dibaca semasa kecil dahulu, bahawa telah dikisahkan pada suatu hari Ibrahim bin Adham pergi bermusafir ke negeri Syam lalu beliau ingin bermalam di satu masjid kerana cuaca di malam hari sangat dingin. Akan tetapi, penjaga masjid itu telah menghalau beliau keluar lalu mengunci pagar masjid. Di luar masjid tu beliau bertemu dengan seorang yang bekerja dengan sangat amanah. Cerita punya cerita, Ibrahim bin Adham pun bertanya akan kemakbulan doanya memandangkan lelaki itu sangat soleh dan amanah. Lelaki itu mengatakan bahawa hanya satu saja doanya yang belum dikabulkan iaitu untuk bertemu dangan seorang soleh yang zuhud yang bernama Ibrahim bin Adham. Lalu Ibrahim bin Adham pun berkata (kurang lebih lah hehe..), "Rupa-rupanya aku diseret ke sini kerana doamu." Mereka pun lalu berpelukan.
Kisah ini membuatkanku berfikir, kalau kita boleh 'dihantar' ke suatu tempat kerana doa seseorang, bukankah kita juga boleh diseret keluar, ya tak? Ada perkara-perkara yang aku tak dapat buat atau tempat yang aku tak dapat pergi pada ketika ini walaupun hati ingin, mungkinkah aku orang yang diseret dengan doa itu?
No comments:
Post a Comment