Salaam.
Perjalanan pendekku menaiki tangga dari tempat letak kereta ke rumah yang terletak di tingkat 3 sudah semakin meriah dengan sapaan dari budak-budak tingkat bawah.
"Assalamualaikum ustaat.."
"Hai ustaat"
"Babai ustaat"
Hoho comel sungguh budak-budak ni, ada dalam usia 7-8 tahun kali. Ada pula yang lucu kerana sering beristighfar bila terserempak, "Astahgfirullahaladzhim! Ustaz!" Hmm.. hairan..
Kadang-kadang rasa jengkel juga dipanggil begitu bila balik-balik sudah ditegur jangan panggil aku ustaz. Aku ni sudah nampak tua kali, budak-budak di sekolah pun ramai yang kata umurku sudah 30 tahun T.T Tapi yang penting kita nampak sesuatu lah dari sini, bahawa di kepala budak-budak atau masyarakat kita dah tertanam pendirian bahawa orang yang selalu pergi ke masjid tu cuma golongan ustaz saja, betul ke?
Di sekolah juga sudah mula dilantik dengan tugas macam-macam, tapi yang kurang seronok ialah dilantik menjadi guru disiplin. Aku dah tak mau marah-marah lagi, tak seronok lah. Dulu masa TP aku dah ada marah beberapa kali, dan beberapa kali itu jugalah yang menjadi ingatan padahal aku ada pengalaman yang baik-baik di sana bersama pelajar. Tu lah, kalau ada pengalaman buruk pun kerana aku marah. Jadi di sekolah baru ni kalau boleh aku dah tak mau marah lagi, kalau marah pun bila benar-benar perlu.
Boleh ke jadi guru disiplin yang tak marah? InsyaAllah boleh, jadi jangan marah =)
No comments:
Post a Comment