Sunday, August 19, 2012

Ketika tiba waktunya nanti

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah robbul-'aalameen, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh dan kekasih Allah.

Dan sesungguhnya bulan suci Ramadhan yang baru sahaja pergi itu bukanlah apa-apa melainkan ciptaan Allah jua. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah s.w.t.


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!



Pada tahun lepas seseorang telah mencadangkan satu buku kepadaku untuk dibaca. Sayang sekali tidak ada dijual di sini. Maha Suci Allah, sesempurna perancanganNya, petang tadi terdetik hati untuk mencari cerpen tersebut di laman sesawang. Ada! Alhamdulillah.. InsyaAllah di bawah ini ada link untuk ke cerita tersebut. Baca jangan tak baca =)



Tatkala Ramadhan pergi meninggalkan kita, ada keberatan untuk melepas pergi, ada air mata yang mengalir, sayu lagi hiba, menyungkur sujud tatkala mengenangkan betapa baiknya Allah kerana masih memberi peluang untuk terus menabur bakti sedangkan diri ini terasa sangat kotor berlumur dosa. Namun, jauh di pelusuk hati, sejujurnya ada sekelumit rasa hampa kerana terlepas peluang untuk kembali kepadaNya di bulan suci, ketika musuh-musuh Allah ketat terbelenggu, ketika pintu syurgaNya terbuka luas..

Cerpen di atas itu terasa amat dikenali.. jalan cerita, dan suasananya.. Semoga ketika tiba waktunya nanti, kita juga mendapat penghujung yang baik. Dan semoga Allah terima segala amalan, dan ampunkan segala kekurangan.

No comments:

Post a Comment