Monday, August 13, 2012

hanya sekadar rasa

"Sahabatku, jika engkau pernah merasa lelah, ketahuilah bahawa lelah itu hanyalah sekedar rasa sahaja.. Nanti juga akan hilang.."

Begitulah pesan seorang saudara seakidah yang sempat kutemui tidak lama dahulu. Hanya sekadar rasa.. Ternyata ayat ini sangat mengesankan pada diri sehingga menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah di jalan yang panjang ini..

Sungguh, nasihat ini memang sangat saya perlukan pada ketika itu, bahkan pada saat ini. Dengan keadaan jasad yang terasa sakit, terkadang perjuangan seolah melelahkan, lalu terngiang kata bahawa sakit dan lelah itu hanyalah sekadar rasa sahaja..

Kalau ada orang kata kepala sakit bagai nak pecah, pecah tak? Taak.. Itu cuma rasa sahaja.. Kalau orang kata rasanya bagai nak gila, gila tak? Hohoho itu saya tak tau '=D

Ketika diri mencari sinar, memang banyak ujian dan dugaan yang perlu ditempuh. Jatuh menyungkur, luka sini sana, pahit, berderai tangis dan sebagainya.. tetapi sahabatku, segala kesakitan itu juga hanyalah sekadar rasa sahaja, nanti juga akan hilang. Tetapi pandanglah pada yang kekal, betapa besarnya ganjaran bagi orang-orang yang sabar, yang redha dengan segala ketentuan kerana akhirnya cinta yang diharapkan hanyalah cinta-Nya. Maka tersampaikanlah khabar gembira bagi mereka yang sabar.. yang sabar tatkala ditimpa musibah.

Sahabatku, ketika diri mencari sinar, kemudian mencuba untuk tetap istiqamah di dalam ketaatan, terkadang terasa lemah, letih dan lelah. Sahabatku, rasa-rasa itu juga hanyalah sekadar rasa sahaja. Lelah itu akan hilang, pahalanya berkekalan. Maka sampaikanlah berita gembira untuk mereka yang sabar.. yang sabar di dalam melakukan ketaatan.

Dan sahabatku, saat diri diberi sinar, atas hidayah Allah kita pun sedar bahawa ada perkara-perkara yang haram di sisi-Nya, jelek di pandangan-Nya. Lalu ternyata sebahagian dari perkara-perkara tersebut adalah kebiasaan kita, cebisan jahiliyyah di dalam diri kita. Untuk mengikisnya terasa sukar, umpama tak terdaya. Nah sahabatku, rasa-rasa itu juga hanyalah sekadar rasa sahaja. Pahit di dunia itu akan hilang, dan keselamatan di akhirat itu akan kekal. Maka sebarkanlah berita gembira untuk mereka yang sabar.. yang sabar untuk menjauhi kemaksiatan.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment