"Alhamdulillah, nenekku akhirnya mau memeluk Islam," kata seorang jiran kepadaku. Neneknya itu sudah berusia lanjut dan terlantar sakit.
"Alhamdulillah.. Kalau begitu izinkan saya untuk menguruskan pengislamannya, dengan segera insya Allah," kataku. Dia menolak. Katanya mereka hendak membincangkan perkara itu dengan ahli keluarga yang lain terlebih dahulu.
Sesal. Ternyata dia meninggal dunia tidak lama selepas itu. Memandang dari acara pengebumiannya, bukanlah cara orang Islam. Astaghfirullah.. Apa yang telah aku lakukan? Seharusnya aku pergi menemuinya saat itu.. Sekurang-kurangnya mengajarkan syahadah kepadanya..
Tidak lama dulu, di kampung sebelah pernah terjadi kubur digali semula kerana anak kepada si mati mengaku bahawa ayahnya sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum meninggal dunia. Setelah digali semula, mayat diuruskan dengan cara orang Islam: dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan.
Terngiang-ngiang suara tuntutan, pilu mencengkam hati. Aku tak tahu harus bagaimana, aku tak tahu apa yang boleh aku lakukan lagi. Itulah sejarah, berulang dan berulang.. Berulang kembali..
Kejadian ini menunjukkan banyak perkara.. Kecetekan ilmu, kelemahan iman dan sebagainya. Kalaulah keluarganya yang Muslim mengetahui apa yang berlaku kepada si mati, masihkah turut sama 'chill' di majlis kenduri arwah? Kalau benar-benar mengimani, mengapa masih percaya kita dengan tuhan kita, mereka dengan tuhan mereka? Mengapa percaya ada tuhan yang lain? Mengapa setuju bahawa mereka ada tempat kembali selain Allah?
Bertanggungjawablah wahai diri!
No comments:
Post a Comment